‘Komitmen Hajiji pertahan sumber asli negeri patut dipuji

LocalPolitics
9 Dec 2024 • 3:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Umno Sabah sepatutnya memuji komitmen Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mempertahankan sumber asli negeri ini dan bukannya mendesak untuk meletak jawatan hanya disebabkan tuduhan palsu.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, desakan berkenaan tidak masuk akal kerana ketua menteri tidak terlibat langsung dalam perkara yang dituduh ataupun isu dimainkan parti lawan.

Advertisement“Seperti mana kita sedia maklum, apa yang berlaku ketika ini adalah lebih kepada permainan politik pembangkang … Jadi, saya berasakan desakan tersebut tidak wajar,” katanya.

Beliau berkata, ketua menteri sudahpun mengeluarkan kenyataan tegas bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak dan sumber mineral Sabah akan terus dijaga dengan penuh integriti demi kesejahteraan rakyat.