
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata komitmen adalah kunci kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun negeri mencipta sejarah dengan merangkul kejuaraan Piala MFL musim ini.
Beliau juga berkata pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran pengurus pasukan skuad bawah 23 tahun Datuk Abdul Kassim Razali di Tuaran pada Khamis bahawa tiada alasan untuk mereka tidak mencapai sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan.
“Saya difahamkan Pasukan B-23 MFL Sabah FC terdiri daripada pemain-pemain yang sangat berbakat, berdisiplin dan mereka komited dalam setiap sesi latihan.
“Pihak pengurusan juga yakin jika mereka dapat mengekalkan fokus, tidak mustahil untuk mereka mencapai kedudukan terbaik dalam carta liga musim ini,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Beliau juga menegaskan komitmen pasukan kejurulatihan memainkan peranan penting untuk memastikan pasukan itu mencapai kedudukan lima teratas yang ditetapkan oleh pengurusan yang diumumkan pengarah Sabah FC Mohd Joh Wid baru-baru ini.
“Pemain perlu mempunyai semangat juang apabila menentang lawan. Jangan berputus asa selagi berada di atas padang dan jangan gentar untuk berdepan dengan pihak lawan.
“Saya sendiri dan pihak pengurusan akan sentiasa memberikan sokongan moral dan memastikan nama Sabah Maju Jaya dapat mencapai kejayaan dalam liga,” katanya lagi.
Sementara itu, Kassim Razali merakamkan penghargaan atas kehadiran Ketua Menteri di rumah terbuka itu.
Kassim berharap kata-kata semangat Ketua Menteri itu akan memotivasikan pasukannya untuk bermain dengan baik dalam liga yang dijadualkan bermula Mei.
“Tidak dinafikan kata-kata semangat dan sokongan Ketua Menteri amat bermakna kepada pasukan ini.
“Semoga ia akan memberi motivasi kepada pemain-pemain muda ini untuk mengambil langkah lebih agresif dalam mengharungi cabaran pada masa hadapan,” katanya.
Skuad B-23 musim ini akan diwakili oleh 24 pemain dengan 17 telah menandatangani kontrak minggu lepas.
Mereka akan dibimbing oleh Johnny Dominicus dengan Vun Kit Ming @ Billyton dan Razlan Oto sebagai penolong jurulatih, manakala jurulatih penjaga gol ialah Rozaimie Rohim.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


