Komitmen SEDANIA Terus Kukuh, Salur RM10,000 Kepada MERCY Malaysia Untuk Anak-Anak Gaza
Dalam semangat solidariti sejagat dan kelestarian yang mendalam, SEDANIA Innovator Berhad (SEDANIA) tampil mengukuhkan komitmen kemanusiaannya terhadap penderitaan yang dialami kanak-kanak Palestin apabila menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM10,000 kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia, hasil kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh anak syarikatnya, Offspring Inc.
Cek simbolik telah diserahkan oleh Ketua Pemasaran Offspring Inc., Esther Lioe Ke Hui, kepada Timbalan Pengarah
Eksekutif MERCY Malaysia, Hafiz Amirrol, disaksikan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan SEDANIA, Datuk Azrin
Mohd Noor, serta Pengarah Tadbir Urus MERCY Malaysia, Zuraidah Mian.
Melangkaui Dunia Perniagaan: Ikrar Kemanusiaan Offspring
Di bawah inisiatif kutipan dana ini, sebanyak RM0.75 disalurkan kepada MERCY Malaysia bagi setiap dua (2) pek Lampin Offspring Fashion Diapers keluaran Offspring yang dibeli melalui laman sesawang rasmi Offspring (www.offspringinc.com), cawangan AEON di Semenanjung Malaysia, rangkaian farmasi Caring seluruh negara, dan kedai Very Important Baby (VIB).
Inisiatif ini memberi peluang kepada para ibu bapa untuk menukar pembelian harian menjadi bentuk bantuan yang bermakna buat kanak-kanak Palestin.
Kempen ini mendapat sambutan di seluruh negara – membuktikan bagaimana pilihan pengguna yang mesra alam mampu mencetuskan gelombang bantuan kemanusiaan, sambil mengukuhkan janji jenama Offspring untuk melindungi bayi di seluruh dunia.
Seperti yang ditegaskan oleh Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan SEDANIA, Datuk Azrin Mohd Noor ketika
pelancaran kempen: “Setiap lampin yang dibeli adalah satu langkah ke arah membantu kanak-kanak yang memerlukan;
walaupun sekecil mana pun satu kebaikan, ia mampu meninggalkan impak yang berkekalan.”
Timbalan Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Hafiz Amirrol, turut memuji kerjasama strategik ini dan menyifatkan rakan korporat seperti SEDANIA sebagai pemangkin utama dalam memastikan misi bantuan kemanusiaan terus dijalankan dengan berkesan: “Rakan seperti SEDANIA memastikan usaha kami kekal hidup dan semangat kami tetap utuh,” jelas beliau, merujuk kepada operasi perubatan dan bantuan sosial MERCY di Gaza yang berlangsung dalam keadaan amat mencabar.
Daripada jenama mesra alam dan teknologi pengguna lestari hinggalah ke penyelesaian tenaga mampan, tujuan utama
SEDANIA tetap satu: “Improving Lives Sustainably”.
Inisiatif seperti kutipan dana berasaskan pengguna oleh Offspring serta sumbangan tunai hari ini kepada MERCY Malaysia memperlihatkan bahawa pertumbuhan perniagaan dan kesedaran sosial bukan dua hal berbeza – malah saling
melengkapi dan mengukuhkan.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian Lampin Offspring Fashion Diapers oleh Offspring, sila layari www.offspringinc.com atau ikuti Offspring di media sosial.
Untuk menyumbang terus ke Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia, sila layari www.mercy.org.my.
The post Komitmen SEDANIA Terus Kukuh, Salur RM10,000 Kepada MERCY Malaysia Untuk Anak-Anak Gaza appeared first on Siakap Keli.

