
Kota Kinabalu: Program Pembangunan Agropreneur Muda Siswazah (Probest) Edisi Sabah membuahkan hasil positif di Sabah, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.
Beliau berkata, Kementerian komited untuk meneroka peluang baharu untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi meningkatkan penyertaan golongan muda berpotensi dalam sektor pertanian.
“Ini termasuk projek kerjasama strategik dengan Agrobank dan beberapa universiti tempatan iaitu Probest,” katanya semasa melancarkan program itu di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata program ini mencerminkan komitmen Agrobank untuk berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat dengan membantu pelajar asnaf menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

