
KIRA-kira 661 kutu sampah di pusat komersial dan bandar-bandar dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kimabalu membayar kompaun berjumlah RM13,200 yang dikeluarkan sepanjang enam bulan lalu menerusi pemeriksaan “Ops Bersih”.
Jurucakap Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) berkata kira-kira 130 orang awam termasuk perokok dikenakan tindakan dalam tempoh dua bulan lepas di bawah Undang-Undang Kecil Anti Sampah DBKK 1984 (Pindaan 2005).
“Seramai 74 daripada mereka dikenakan tindakan pada Mei, manakala selebihnya pada Jun,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata kumpulan pertama telah membayar kompaun berjumlah RM1,460, manakala kumpulan kedua membayar RM1,120.
“Mereka ditangkap ketika membuang sampah secara sembarangan dan tidak memasukkannya ke dalam tong sampah,” katanya. “Sebaliknya, mereka juga membuang puntung rokok dan sampah lain di merata tempat.”
Jurucakap itu berkata kompaun sehingga RM500 itu boleh dikenakan dalam situasi sedemikian mengikut syarat yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap agensi terbabit.
Mereka yang berulang kali mengabaikan seruan agensi supaya tidak membuang sampah di kawasan awam pula boleh dikenakan tindakan undang-undang, katanya.
“Mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah.”
Katanya, seramai empat hingga lima pemeriksa JPSP yang berpakaian biasa telah menjalankan 58 pemeriksaan berasingan antara 10 Mei hingga 30 Jun.
Pemeriksaan itu membabitkan premis-premis di sekitar Pusat Bandaraya, termasuk kawasan dari Telipok hingga ke deretan kedai berhampiran Taman Fortuna, katanya.
Jurucakap itu berkata lokasi di Kota Kinabalu termasuk deretan kedai di Bandaran Berjaya, Kg Air, Sinsuran dan Segama serta Centre Point Sabah.
Pemeriksaan turut dijalankan di kawasan awam sekitar Jalan Gaya dan Jalan Tugu, menurutnya.
“Jumlah kutu sampah tertinggi dikesan di sekitar Kg Air (16 orang), diikuti Segama (12) dan Centre Point (11).
Bagi kawasan di luar had Bandaraya, jurucakap itu berkata pasukan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) pergi ke pekan Inanam dan Manggatal serta beberapa pusat komersial termasuk Damai Plaza, Plaza Juta, Kingfisher Plaza, Inanam Taipan, Manggatal Plaza, Bandar Putra, Indah Permai, Sulaman Sentral dan Synergy Square.
Selain itu, pemeriksaan juga dijalankan di Mini Putrajaya dan deretan kedai di Universiti Apartment, katanya.
“Pekan Inanam dan Taipan mencatat jumlah pesalah tertinggi dalam kategori ini, masing-masing dengan 17 ditahan di kawasan ini.
“Ini diikuti Damai Plaza dengan lapan individu dan Bandar Putra dengan enam individu ditahan.”
Jurucakap itu berkata DBKK telah mengutip kira-kira RM1,540 pada Mac dan RM1,120 lagi pada April.
“Kira-kira 133 pesalah membayar kompaun mereka serta-merta dalam tempoh itu manakala sembilan lagi memilih untuk membayar dalam tempoh tangguh yang ditetapkan.”
Katanya, pegawai JPSP telah menjalankan 52 pemeriksaan berasingan antara 3 Mac hingga 28 April.
Jabatan itu, katanya, turut mengutip kompaun berjumlah RM5,100 pada Januari dan RM2,860 lagi pada Februari.
“Seramai 432 kutu sampah ditahan antara 3 Januari hingga 26 Februari.
“Kira-kira 398 orang membayar kompaun secara serta-merta manakala 34 lagi memilih untuk menyelesaikannya sebelum tempoh tangguh tamat.”
Sebanyak 90 pemeriksaan berasingan dijalankan oleh anggota jabatan itu dalam dua bulan pertama tahun ini.

