Kompleks PKNS Shah Alam kembali beroperasi selepas insiden kebakaran

3 Jul 2026 • 10:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kompleks PKNS Shah Alam kembali beroperasi selepas insiden kebakaran

SHAH ALAM, 3 JULAI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengesahkan bahawa Kompleks PKNS Shah Alam kembali beroperasi seperti sedia kala hari ini selepas semua prosedur dan langkah keselamatan dipatuhi susulan insiden kebakaran di premis itu petang semalam.

PKNS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan pantas mengikut prosedur operasi yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengunjung, penyewa dan warga kerja.

Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan awal pihak pengurusan fasiliti bangunan mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada panel Unit Pakej Penyejuk Udara (ACPU) yang terletak di dalam bilik Unit Pengendalian Udara (AHU) di tingkat satu bangunan berkenaan.

"Kejadian itu mengakibatkan bekalan elektrik dan sistem pendingin hawa di kawasan terlibat dihentikan sementara sebagai langkah keselamatan.

"Susulan kejadian, pihak pengurusan kompleks telah mengaktifkan prosedur kecemasan dengan mengarahkan pengosongan bangunan di Fasa 1 melalui sistem siar raya," menurut kenyataan itu.

PKNS turut memaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh singkat sekali gus mengelakkan api daripada merebak ke bahagian lain premis berkenaan.

Menurut kenyataan itu, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan akan disahkan oleh JBPM selepas proses siasatan selesai.

Semalam, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ashrul Riezal Asbar mengesahkan kebakaran di kompleks berkenaan berjaya dikawal dan tidak melibatkan sebarang mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved