Komposer, Akbar Nawab Meninggal Dunia

LocalEntertainment
30 Aug 2024 • 11:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Komposer, Akbar Nawab Meninggal Dunia

Bekas anggota orkestra merangkap komposer Radio Televisyen Malaysia (RTM), Akbar Nawab Khan, dilaporkan telah meninggal dunia jam 6 petang tadi.

Berita duka itu disampaikan oleh rakan-rakan menerusi perkongsian di laman Facebook.

Allahyarham juga merupakan adik kepada Seniman Negara, Tan Sri Datuk (Dr) Ahmad Nawab.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Gombak pada jam 9 pagi esok.

Dalam perjalanan kerjayanya, Allahyarham pernah menjadi ketua Kombo RTM Kawasan Utara sekitar tahun 70an. Allahyarham juga pernah menjadi komposer residen bersama syarikat rakaman EMi dan Nawab Productions.

Pada tahun 1992, Allahyarham kembali berkhidmat bersama RTM dan bertugas di bawah Pengarah Muzik, Dato Ahmad Dassilah. Allahyarham turut pernah berkhidmat bersama Gary Gideon.

Sepanjang kerjayanya dalam dunia seni, Allahyarham telah menggubah lagu untuk ramai artis terkemuka tanah air seperti Razis Ismail dan Najib Hanis.

Lagu ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar juga merupakan lagu ciptaannya.

Lagu patriotik yang sering dimainkan pada setiap sambutan Hari Kemerdekaan, Wawasan 2020 yang dinyanyikan oleh penyanyi, Mohammad Rauzan Alwi atau lebih dikenali sebagai Roy, juga merupakan hasil gubahan Allahyarham.