Komputer AI Peribadi NVIDIA DGX Spark Dijual Pada Harga Hampir RM17K Sebuah

TechnologyDigital
14 Oct 2025 • 1:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA melancarkan superkomputer kecerdasan buatan (AI) peribadi NVIDIA DGX Spark pada Mei lalu dengan ia turut akan ditawarkan rakan pengeluar Acer, ASUS, Dell Technologies, GIGABYTE, HP, Lenovo dan MSI. Setelah sekian lama berdiam diri, NVIDIA akhirnya mengumumkan DGX Spark akan dijual bermula esok pada harga $3999 (~RM 17,000) sebuah.

image is not available

DGX Spark dibangunkan untuk kegunaan saintis data dan penyelidik dengan ia adalah superkomputer AI peribadi bersaiz kompak dilengkapi cip NVIDIA GB10 Grace Blackwell Superchip dengan kuasa pemprosesan AI sehingga 1 petaflop dan memori sebesar 128 GB. Kerana saiznya yang kecil, ia boleh menjadi mesin latihan model AI di rumah bagi mereka yang tidak memerlukan pusat data gergasi.

View Original Article