Dell telah memperkenalkan dua komputer riba gaming dalam siri Alienware 16 Aurora dan 16X Aurora. Kedua-dua model ini direka untuk memenuhi keperluan mereka yang mencari komputer riba berprestasi tinggi dengan rekaan yang moden.

Kedua-dua model dilengkapi dengan skrin IPS sebesar 16-inci. Model Alienware 16 Aurora menawarkan resolusi 2560 x 1600 piksel (QHD+) dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 300nits. Sementara itu, 16X Aurora pula menggunakan skrin QHD+ dengan kecerahan 500 nits dan kadar segar semula 240Hz.
Dari segi prestasi, 16 Aurora menggunakan CPU Intel Raptor Refresh bermula dengan Intel Core 5 210H manakala 16X Aurora dilengkapi pemproses Intel Core Ultra 9 275HX. Kapasiti RAM dan storan dalaman juga berbeza mengikut model dengan 16 Aurora menyokong 16GB RAM dan storan 1TB. Manakala, 16X Aurora menawarkan pilihan lebih tinggi dengan 16GB RAM dan storan 2TB M.2 PCIe NVMe SSD.

Pelbagai pilihan I/O disediakan dalam kedua-dua komputer riba termasuk port USB-A, USB-C Gen 3.2 dengan sokongan Thunderbolt 4 dan DisplayPort 2.1, HDMI 2.1, Ethernet, serta bicu fon kepala 3.5mm.

