Komputer Riba Baharu ASUS ROG Strix SCAR Dan Strix G Dilengkapi Cip Intel Core Gen-13

TechnologyDigital
4 Jan 2023 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acara CES pada tahun ini memperlihatkan Asus mengemaskini barisan komputer ribanya dengan beberapa penawaran baharu. Ini termasuklah pengenalan untuk Strix SCAR 16, Strix SCAR 18, Strix G16 dan Strix G18. Sebagai barisan komputer riba permua, kesemua model sudah semestinya dibekalkan dengan perkakasan dalaman terbaik untuk prestasi yang memuaskan.

image is not available

Misalnya seperti Strix SCAR 16 dan Strix SCAR 18, kedua-duanya menampilkan pemproses Intel Core i9-13980HX, digandingkan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4090 pada TGP maksimum 175W. Seterusnya, paparan kedua-dua komputer riba ini juga dilengkapi sokongan ROG Nebula Display yang memastikan gerakan animasi yang cukup lancar bersama penghasilan semula warna yang baik.

Nisbah aspek 16:9 pula mampu memberi pangalaman tontonan lebih baik untuk sejumlah besar penggunaan termasuklah bermain permua dan menatal laman web. Pengalaman menjadi lebih baik dengan adanya sokongan skrin beresolusi sehingga QHD dan kadar segar semula maksimum 240Hz.

image is not available

Turut disertakan adalah memori sehingga 64GB DDR5 4800MHz, storan terbina mencapai 4TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 90Wh. Sistem audio pula terdiri dengan empat pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos dan Hi-Res Audio. Bukan itu sahaja, komputer riba ini juga memuatkan papan kekunci penuh sejenis Cliclet dengan sokongan lampu backlit dan RGB.

Pilihan I/O terdiri dengan 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C (DisplayPort 1.4), 1 x USB Type-C (Thunderbolt 4), 1 x RJ-45 (LAN 2.5 Gbps), 1 x HDMI® 2.1, 1 x DC-in dan bicu audio 3.5mm.

Seterusnya untuk Strix G16 dan Strix G18 pula, ia turut dibekalkan dengan pemproses sehingga Core i9-13980HX yang sama, disamping GPU NVIDIA GeForce RTX 4080 dengan Dynamic Boost. Ia kemudiannya di padankan dengan memori sehingga 32GB DDR5 4800MHz, storan 2TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 90Wh (GPU RTX 40 Series) / 64Wh (RTX GPU 3050 6GB).

image is not available

Skrin pada kedua-duanya turut memuatkan sokongan ROG Nebula Display, di samping sokongan resolusi sehingga QHD dan kadar segar semula maksimum 240Hz. Terdapat juga sokongan G-SYNC yang mampu menyajikan pengalaman permua lebih baik berbanding biasa. Pilihan I/O terdiri dengan 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C (DisplayPort 1.4), 1 x USB Type-C (Thunderbolt 4), 1 x 2.5G LAN RJ-45 ,1 x HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm.