KOMTEP: Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme 2026

18 Jun 2026 • 12:28 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kepada Guru Malaysia yang ingin mengajar di Republik Korea, permohonan program pertukaran guru antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Republik Korea iaitu Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) 2026 kini dibuka dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/InfopackKOMTEP2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai program ini.

Image from: KOMTEP: Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme 2026

Mengenai Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme

KOMTEP merupakan program pertukaran guru antara Malaysia dan Republik Korea di bawah kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Republik Korea (MOE Korea) melalui UNESCO APCEIU.

Tujuan program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada guru untuk berkongsi amalan terbaik pendidikan, budaya dan Pendidikan Kewarganegaraan Global/ Global Citizenship Education (GCED).

Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kompetensi global, memperluas pengalaman pendidikan dan membina jaringan antarabangsa.

Menerusi program ini, guru yang terpilih akan ditempatkan di lima buah sekolah di Korea selama tiga bulan.

Mereka akan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah, kokurikulum, kebudayaan dan projek individu yang kesemuanya berteraskan nilai Global Citizenship Education (GCED).

Tempoh program ini akan bermula pada 24 Ogos hingga 21 November 2026.

Kelebihan Yang Bakal Dinikmati

Kelebihan yang bakal dinikmati menerusi program ini adalah:

  • Pengalaman mengajar di Republik Korea.
  • Pendedahan kepada sistem pendidikan antarabangsa.
  • Memperkukuh kompetensi global dan profesionalisme guru.
  • Membina jaringan pendidikan antarabangsa.
  • Menggalakkan Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED).
  • Menjadi duta kecil pendidikan Malaysia di peringkat global.

Tarikh Permohonan

Bagi guru yang berminat, tarikh permohonan dibuka mulai 15 Jun 2026 (Isnin) sehingga 30 Jun 2026 (Selasa)

Syarat Utama

Syarat utama bagi guru yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM.
  2. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
  3. Berminat dalam GCED dan pertukaran budaya.
  4. Bersedia ditempatkan di Republik Korea.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat boleh melengkapkan borang permohonan di pautan https://bit.ly/InfopackKOMTEP2026.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi dalam tempoh 3 minggu selepas tarikh tutup permohonan.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP)?

KOMTEP merupakan program pertukaran guru antara Malaysia dan Republik Korea di bawah kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Republik Korea untuk memberi peluang kepada guru untuk berkongsi amalan terbaik pendidikan, budaya dan Pendidikan Kewarganegaraan Global/ Global Citizenship Education (GCED).

Bilakah program ini akan bermula?

Program ini akan bermula 24 Ogos hingga 21 November 2026.

Bilakah tarikh permohonan dibuka?

Tarikh permohonan dibuka mulai 15 Jun 2026 (Isnin) sehingga 30 Jun 2026 (Selasa).

Apakah syarat utama untuk memohon program ini?

i- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM.
ii- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.
iii- Berminat dalam GCED dan pertukaran budaya.
iv- Bersedia ditempatkan di Republik Korea.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/InfopackKOMTEP2026.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai program KOMTEP ini, sila layari pautan pautan https://bit.ly/InfopackKOMTEP2026 atau menghubungi:

  • Tel: +603 8884 1284 atau +603 8884 1080
  • Email: bpg.ukhap@moe.gov.my

Baca juga: Keputusan MUET 2026: Semakan Online & SMS Mulai 24 Jun

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved