Kondom Karex naik harga 20-30 peratus akibat peningkatan kos minyak

LocalBusiness & Finance
21 Apr 2026 • 6:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kondom Karex naik harga 20-30 peratus akibat peningkatan kos minyak image is not available amree21/04/2026 - 18:15 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 AprilKarex Berhad merancang menaikkan harga kondom antara 20% hingga 30% akibat peningkatan kos minyak disebabkan gangguan rantaian bekalan global susulan perang Iran.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goh Miah Kiat berkata, peningkatan kos bahan mentah dan logistik memaksa syarikat memindahkan beban kos kepada pelanggan dalam keadaan pasaran semakin mencabar.


Pengeluar kondom terbesar dunia tersebut menambah, situasi ketika ini sangat rapuh dengan kos yang semakin meningkat, dan syarikat tiada pilihan selain menyalurkan kenaikan kos kepada pelanggan.

 

 

 

 

 


"Konflik Timur Tengah menjejaskan aliran petrokimia, serta meningkatkan kos bahan utama seperti getah sintetik, nitril, serta bahan pembungkusan dan pelincir minyak silikon," jelas beliau dalam kenyataan.


Pada masa sama, Karex turut berdepan lonjakan permintaan global kira-kira 30% tahun ini, didorong kekurangan stok di pasaran berikutan gangguan penghantaran dan pengurangan perbelanjaan bantuan.


Syarikat itu, yang menghasilkan lebih lima bilion kondom setahun, merupakan pembekal kepada jenama utama serta organisasi kesihatan global termasuk agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).


Bagaimanapun, tempoh penghantaran kini semakin panjang, dengan penghantaran ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mengambil masa hampir dua bulan berbanding sekitar sebulan sebelum ini.


“Kami melihat banyak produk masih berada di atas kapal dan belum sampai ke destinasi, sedangkan permintaan sangat tinggi, terutama di negara membangun berdepan kekurangan bekalan,” tambahnya.

 

 

 

 

 


Syarikat itu jelas Miah Kiat, turut memaklumkan mempunyai bekalan mencukupi untuk beberapa bulan akan datang dan sedang meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang terus meningkat.


Perkembangan ini juga mencerminkan tekanan berterusan ke atas rantaian bekalan global, dengan lebih banyak syarikat dijangka menyesuaikan harga bagi menampung kenaikan kos mereka. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved