Konfigurasi Kamera OnePlus 13 Tertiris, Mungkin Menggunakan Tiga Sensor 50MP

TechnologyDigital
13 Jun 2024 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus 13 dikatakan akan menggunakan skrin rata selepas bertahun bergantung kepada skrin melengkung. Bukan itu sahaja, bateri juga dikatakan mungkin mencapai 6000mAh dengan pengecasan 100W SuperVOOC dan disebabkan ini pengecasan nirwayar juga terpaksa dibuang. Baru-baru ini spesifikasi kamera pula telah tertiris.

image is not available

OnePlus nampaknya masih akan meneruskan kerjasama bersama Hasselblad. Menurut peniris terkenal Digital Chat Station sensor yang akan digunakan adalah 50MP Sony LYT808 untuk sensor utama + 50MP Sony IMX882 untuk sudut ultra lebar dan satu lagi sensor 50MP Sony IMX882 untuk zum optikal 3x. Profil warna pula adalah Hasselblad Master Image generasi baharu.

OnePlus 13 mungkin akan menjadi antara peranti mercu awal yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 4. Skrin adalah LTPO OLED 6.8-inci 2K 120Hz, memori 16GB RAM LPDDR5X + storan 1TB UFS 4.0 dan menjalankan Oxygen OS lengkap dengan ciri AI generatif yang lebih bagus. Jika mengikut jadual pelancaran OnePlus 12, OnePlus 13 mungkin akan tiba di China pada hujung tahun ini sebelum ke pasaran global pada suku pertama 2025. Sama-sama kita nantikan.