
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Konflik di antara Amerika Syarikat (AS) bersama Israel dan Iran sememangnya menarik perhatian seluruh dunia.
Ketegangan yang berlaku di antara kedua-dua pihak itu nyata memberi kesan kepada masyarakat global lebih-lebih lagi apabila Selat Hormuz disekat oleh Iran dan hanya membenarkan kapal bukan musuh melaluinya.
Konflik di antara AS dan Iran semakin menegang apabila gencatan senjata yang diumumkan tidak memberi kesan positif apabila Israel didakwa melanggar gencatan tersebut dengan menyerang Tehran.
Susulan itu juga, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengarahkan tenteranya untuk menyekat Selat Hormuz setelah gagal mendapat persetujuan untuk menamatkan konflik dalam rundingan yang diadakan bersama Iran pada Sabtu (11 April) lalu.
Trump Sahkan Perang Terhadap Iran Hampir Tamat
Terbaharu, Trump dalam satu temu bual bersama Fox News mengesahkan operasi ketenteraan terhadap Iran hampir berakhir.
Penamatan operasi ketenteraan itu dimaklumkan oleh wartawan Fox News, Maria Bartiromo menerusi satu hantaran di Instagram seperti yang dilaporkan oleh UNN.
Laporan itu menyebut Trump sewaktu menjawab soalan yang diajukan kepadanya sama ada perang di Iran telah berakhir, beliau menyatakan ia sememangnya sudah berakhir.
“Saya baru sahaja bercakap dengan Presiden. Beliau banyak bercakap mengenai ekonomi, perang dengan Iran dan NATO. Saya akan petik satu kenyataan beliau,” kata Bartiromo.
“Saya bertanya kepadanya: ‘Anda selalu bercakap mengenai perang ini seolah-olah ia sudah berlalu. Adakah ia sudah berakhir?’ Beliau menjawab: ‘Sudah berakhir,'” kata wartawan itu lagi.
Jelas Bartiromo, temu bual penuh bersama Trump akan diterbitkan pada Rabu.
View this post on Instagram
Rundingan Bersama Iran Akan Diadakan Beberapa Hari Lagi
Sebelum ini, Trump turut mengumumkan pusingan kedua rundingan bersama Iran akan diadakan dalam beberapa hari lagi.
Terang beliau, Iran mahu membuat perjanjian namun dia tidak akan bersetuju untuk membenarkan Tehran memiliki senjata nuklear.
Jelas Trump yang dipetik dari Reuters, rundingan tersebut menemui jalan buntu berhubung isu nuklear dan sekatan terhadap kapal transit yang melalui Selat Hormuz.
Dia mendakwa Iran ada menghubunginya dan mahu mengusahakan satu perjanjian.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: AS & Israel Serang Iran, Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Harga Minyak Dunia Naik 8% Lepas Trump Umum Sekat Selat Hormuz
Baca Artikel Berkaitan: Konflik Asia Barat: Kapal Malaysia Dibenarkan Lalui Selat Hormuz Tanpa Tol – Duta Iran


