Konflik buaya dengan manusia makin sukar dielak

LocalEnvironment
24 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Konflik buaya dengan manusia makin sukar dielak

PORT DICKSON – Kerajaan Negeri Sembilan disaran membangunkan Pelan Pengurusan Konflik Manusia-Buaya Sungai Linggi secara bersepadu bagi menangani pertembungan an­tara manusia dan hidupan liar itu secara lebih sistematik serta berterusan.

Aktivis Pemuliharaan Marin, Noor Fadzli Shah berkata, pelan khusus itu penting memandangkan konflik manusia dengan buaya di Sungai Linggi semakin sukar dielakkan susulan perubahan dan tekanan terhadap ekosistem sungai serta kawasan riparian (tebing).

Menurutnya, pengurusan konflik tidak seharusnya hanya bergantung kepada tindakan menangkap dan memindahkan buaya setiap kali berlaku aduan, sebaliknya memerlukan perancangan jangka panjang berasaskan data dan kajian saintifik.

“Kerajaan negeri bersama agensi seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perikanan, pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan perlu membangun­kan satu pelan pengurusan khusus untuk Su­ngai Linggi.

“Pelan ini perlu melihat ke­seluruhan ekosistem sungai dan pada masa sama mengambil kira keselamatan serta akti­viti masyarakat yang bergantung kepada sungai,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian su­­sulan penangkapan seekor buaya tembaga dengan angga­ran berat 500 kilogram di muara Sungai Linggi di Kampung Tanjung Agas, di sini baru-baru ini.

Noor Fadzli berkata, antara perkara utama yang perlu dimasukkan dalam pelan ber­kenaan ialah pemetaan habitat, kawasan pembiakan dan laluan pergerakan buaya, selain me­ngenal pasti lokasi yang kerap digunakan manusia seperti kawasan menangkap ikan, jeti, rek­reasi dan penempatan.

Katanya, pemetaan berke­naan penting bagi mengenal pasti kawasan yang mempunyai kemungkinan lebih tinggi berlaku pertembungan antara manusia dengan buaya.

“Daripada data tersebut, Sungai Linggi boleh dibahagikan kepada zon risiko tinggi, sederhana dan rendah berdasarkan rekod penampakan, kejadian serangan, habitat serta tahap aktiviti manusia.

“Dengan adanya zon risiko, tindakan pencegahan dan kemudahan keselamatan boleh disediakan mengikut keperluan setiap kawasan,” katanya.

The post Konflik buaya dengan manusia makin sukar dielak appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved