
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 28 Februari lalu Amerika Syarikat (AS) bersama Israel telah melancarkan satu operasi ketenteraan secara besar-besaran terharap Republik Islam Iran. Perkara itu sekali gus telah mencetuskan peperangan di rantau Asia Barat.
Iran kemudiannya melakukan serangan balas ke atas negeri-negeri Teluk yang mempunyai kepentingan AS termasuklah pengkalan tenteranya.
Konflik yang berlaku ini telah membuatkan seluruh dunia bimbang terhadap kesannya khusunya pada ekonomi global seperti kenaikan barangan mentah dan sebagainya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kerajaan Tak Dapat Tanggung Subsidi Selamanya” – Prof Jomo Kwame Kongsi Impak Krisis Iran-AS
Baca Artikel Berkaitan: AS & Israel Serang Iran, Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Macam Disangka” – Lelaki Kongsi Pengalaman & Sisi Sebenar Masyarakat Ketika Berkunjung Ke Iran
Kerajaan siap sedia hadapi implikasi ekonomi susulan konflik berpanjangan di Asia Barat
Terbaharu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan kerajaan Malaysia bersiap sedia dalam mendepani implikasi ekonomi ekoran konflik berpanjangan yang berlaku di negara Asia Barat berkenaan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MKN, satu sidang khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 24 Mac. Mesyuarat berkenaan memberikan perhatian terhadap konflik yang berlaku di Timur Tengah selama empat minggu.
“Malaysia menyambut baik perkembangan mutakhir yang menyaksikan kesemua pihak terbabit untuk menghentikan serangan selama lima hari.
“Ruang ini harus digunakan untuk mengadakan rundingan secara serius dan ikhlas. Mesyuarat mengambil maklum bahawa perkembangan terbaharu ini telah menyebabkan penyusutan harga minyak antarabangsa,” ujarnya.
Implikasi ekonomi yang akan berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia
Walau bagaimanapun, Malaysia akan terus bersiap sedia dalam berdepan konflik berkenaan yang akan membawa implikasi ekonomi yang bukan hanya di negara ini tetapi dunia secara keseluruhannya.
Oleh itu, kerajaan akan mengambil pendekatan secara menyeluruh dan terselaras dalam berdepan keadaan berkenaan.
Jelasnya lagi, sidang MKN Khas itu akan disusuli oleh Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Khas pada hari ini (25 Mac) yang juga dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim.
“Malaysia juga akan memainkan peranan proaktif untuk menyumbang kepada penyelesaian konflik ini. Dalam hal ini Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri dan ketua-ketua agensi keselamatan sedang berhubung rapat dengan rakan-rakan sejawat mereka.
“Sebagai contoh, pada 24 Mac, Perdana Menteri telah mengadakan perbualan telefon dengan pemimpin-pemimpin New Zeland, Bahrain, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).”
Malaysia ada ciri penting, pelbagai isu turut dibincangkan ketika sidang MKN terbabit
Katanya lagi, Malaysia mempunyai ciri penting dalam memain peranan ini sebagai contoh negara ini mempunyai hubungan yang baik dengan kesemua pemain utama dalam isu ini kecuali Israel.
Bukan hanya itu Malaysia juga mempunyai pendirian konsisten berkecuali dan sikap yang berterus-terang juga telah membuatkan negara ini dihormati.
Selain itu, sidang berkenaan turut membincangkan isu-isu yang terkait seperti:
- Isu keselamatan seperti aktiviti agensi perisikan di Malaysia
- Pencegahan aktiviti penyeludupan bahan api
- Keadaan pasukan pengaman Malaysia (MALBATT) yang kini sedang bertugas di Lubnan
“Kerajaan Malaysia sentiasa mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan bahawa keselamatan negara sentiasa terpelihara dan kebajikan rakyat sentiasa terbela sewaktu keadaan mencabar ini,” ujarnya lagi.


