Konflik HYBE-ADOR, ILLIT Didakwa Ciplak Konsep NewJeans?

23 Apr 2024 • 3:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ketegangan meningkat antara HYBE dan Ketua Pegawai Eksekutif ADOR, Min Hee Jin, berikutan tuduhan mengenai kumpulan K-pop baru, ILLIT yang didakwa meniru NewJeans dalam pelbagai aktiviti hiburan.

Memetik kenyataan Naver, Ketua Pegawai Eksekutif Min telah membantah tindakan HYBE, dengan menyatakan isu yang harus dilihat adalah mengenai kebimbangan terhadap peniruan ILLIT dan bukannya pertikaian hak pengurusan.

HYBE telah memulakan pengauditan terhadap CEO Min dan menuntutnya supaya meletak jawatan, dengan menyatakan syak wasangka terhadap pengambilalihan dan perancangan yang melanggar kontrak berkenaan NewJeans.

Walau bagaimanapun, CEO Min menegaskan bahawa isu teras terjadi melibatkan replikasi konsep NewJeans apabila mengeluarkan ILLIT sekali gus berpendapat bahawa gaya ILLIT adalah terbitan NewJeans, menyebabkan kekeliruan dan ketidakpuasan hati di kalangan peminat dan orang ramai.

image is not available

Foto: People

Pertikaian antara HYBE dan CEO Min telah memuncak menjadi pertembungan yang melibatkan kelab peminat antara NewJeans dan ILLIT, dimana komuniti dalam talian saling membanding dan berdebat, mengubah apa yang bermula sebagai konflik korporat menjadi pertelingkahan antara peminat.

Untuk rekod, ILLIT yang merupakan kumpulan gadis baru, dianggotai lima ahli yang diterbitkan oleh HYBE, menghadapi kritikan kerana persamaannya dengan NewJeans.

image is not available

Foto: Forbes

Di tengah-tengah kontroversi itu, NewJeans merancang untuk kemunculan semula, tetapi kebimbangan masih berlarutan mengenai isu persepsi awam yang sedang berlegar melibatkan mereka.

Walaupun ILLIT menemui kejayaan pada awalnya, namun mereka berisiko dibayangi oleh dakwaan plagiarisme, sekali gus mengehadkan kebebasan serta menghalang perancangan mereka untuk masa depan.

Sumber: Naver