Konflik israel-Palestin, PBB ulangi sokongan penyelesaian dua negara

21 Jul 2023 • 4:20 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengulangi sokongannya terhadap penyelesaian dua negara bagi konflik israel-Palestin semasa pertemuan dengan Presiden israel, Isaac Herzog pada Khamis.

Herzog bertemu dengan Guterres di New York sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Amerika Syarikat, menurut Agensi berita Anadolu.

image is not available

Guterres menekankan keperluan untuk menghindari daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan penyelesaian dua negara, menurut jurucakapnya Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

Beliau mengutuk semua tindakan keganasan dan menyatakan bahawa operasi menentang keganasan mesti dibuat dengan sepenuhnya menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, menurut kenyataan itu.

image is not available

Setiausaha Agung PBB itu juga mengutuk sebarang bentuk antisemitisme.

Hampir 195 penduduk Palestin telah dibunuh tentera israel sejak awal tahun ini menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Sekurang-kurangnya 27 penduduk israel turut terbunuh dalam serangan berasingan dalam tempoh sama.