Konflik Pakistan-India, Malaysia Nasihat Rakyat Tangguh Perjalanan Tidak Penting

8 May 2025 • 1:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada rakyat Malaysia agar menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Pakistan, berikutan ketegangan ketenteraan yang semakin memuncak di Asia Selatan.

Menurut laporan Bernama, langkah ini diambil susulan serangan peluru berpandu oleh India ke atas wilayah Pakistan dan kawasan Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan pada awal pagi Rabu, yang mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan serantau.

image is not available

Foto: FB Malaysia in Pakistan

“Suruhanjaya Tinggi sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara ini.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta arahan terkini daripada pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

image is not available

Foto: freemalaysiatoday

Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Pakistan.

Suruhanjaya juga menegaskan bahawa langkah pencegahan ini diambil demi keselamatan semua warganegara Malaysia dan menyeru orang ramai agar merancang semula perjalanan mereka ke rantau berkenaan sehingga keadaan kembali stabil.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved