Konflik Sudah Berakhir, Virgoun & Inara Rusli Sah Bercerai

15 Nov 2023 • 11:09 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Akhirnya, setelah lebih tujuh bulan hubungan tergantung sepi, akhornya Penyanyi Virgoun dan Inara Rusli sah bercerai pada Jumaat lalu.

Menurut laporan mStar, Inara hadir bersama peguamnya manakala Virgoun pula hanya diwakili oleh peguam semasa prosiding di mahkamah.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja mahkamah memutuskan pasangan tersebut sah bercerai, Inara turut diberikan sepenuhnya hak penjagaan anak-anak.

Virgoun dan Inara Rusli bercerai

image is not available

Difahamkan juga, permohonan untuk nafkah edah, mutaah oleh Inara terhadap Virgoun juga diterima mahkamah namun jumlah kedua-dua nafkah tersebut dirahsiakan.

“Alhamdulillah hak asuhan anak diberikan kepada Inara. Nafkah edah dan mutaah juga telah diluluskan,” kata peguam kepada Inara iaitu Arjana Bagaskara.

Inara turut memberitahu dia mengalirkan air mata dan bersujud disebabkan terlalu gembira dengan keputusan mahkamah yang berpihak kepada dirinya.

image is not available

“Bukan sedih, tetapi lebih kepada terharu kerana yang saya minta dari Allah tidak sia-sia. Benar, janji Allah itu benar. Harapnya pihak Virgoun dapat terima dengan keputusan yang dijatuhkan mahkamah ini,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Virgoun dan Inara membina mahligai pada 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

image is not available

Sumber: mStar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved