Konflik Sudan: Angka Korban Meningkat Kepada 413 Orang

22 Apr 2023 • 7:13 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera parah - Gambar Fail

GENEVA -  Seramai 413 orang terbunuh dan 3,551 lagi cedera dalam konflik di Sudan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada Jumaat.

Sementara itu, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekurang-kurangnya sembilan kanak-kanak terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera parah.

Menurut seorang jurucakap WHO, sejak konflik tercetus pada 15 April lalu terdapat 11 serangan menyasarkan pusat kemudahan kesihatan, lapor Agensi Anadolu. 

“Menurut Kementerian Kesihatan di Sudan, sebanyak 20 kemudahan kesihatan terpaksa menghentikan operasi,” kata jurucakap itu.

Pertempuran meletus antara Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum dan kawasan sekitar. 

RSF menuduh SAF menyerang tenteranya di selatan Khartoum. Pihak SAF pula mendakwa RSF menyebarkan pembohongan dan melabelkan pasukan separa tentera itu sebagai "pemberontak".

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat. - Bernama-Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved