Konflik timur tengah: Anwar gesa dunia henti konflik Teluk, pilih rundingan bukan senjata

WorldPolitics
9 Mar 2026 • 10:01 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak menahan diri dan memperbaharui usaha diplomatik susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Teluk dan Asia Barat.

Beliau menegaskan, seruan itu sejajar dengan pendirian bipartisan yang berprinsip diambil oleh Parlimen Malaysia, sambil menekankan bahawa keberanian sebenar bukan pada eskalasi konflik, tetapi pada menjaga pintu rundingan tetap terbuka.

“Saya terdorong dengan seruan agar mengekalkan kewaspadaan yang telah muncul daripada pihak tertinggi di Iran di tengah konflik berterusan di negara Teluk dan Asia Barat. Seruan itu wajar diambil dengan serius dan dihormati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar turut menyuarakan kebimbangan terhadap skop konflik yang semakin meluas, dengan serangan berulang menjejaskan beberapa negara Teluk termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, selain merebak ke Azerbaijan, Jordan dan Turkiye.

Menurutnya, kemudahan tenaga, bekalan air serta infrastruktur lain yang menjadi kebergantungan jutaan manusia turut menjadi sasaran, sekali gus menjejaskan laluan utama minyak dunia dan perkapalan antarabangsa.

“Gangguan di kawasan tersebut membawa kesan yang jauh melangkaui rantau berkenaan,” katanya.

Justeru, Perdana Menteri menegaskan Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha sahih untuk menghentikan permusuhan melalui rundingan, selain menyeru masyarakat antarabangsa bertindak segera dan berkesan bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa serta implikasi meluas terhadap negara lain. - 9 Mac, 2026

The post Konflik timur tengah: Anwar gesa dunia henti konflik Teluk, pilih rundingan bukan senjata appeared first on Scoop.