Kongres PKR 2026: 'Baharui tekad perjuangan agenda rakyat' - Fahmi

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 10:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kongres PKR 2026: 'Baharui tekad perjuangan agenda rakyat' - Fahmi
Fahmi - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2026 yang melabuhkan tirainya pada Ahad menjadi medan memperbaharui tekad perjuangan dan memperkukuh gerak kerja parti dalam memastikan agenda perjuangan terus memberi manfaat kepada rakyat.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kongres yang berlangsung selama dua hari itu bukan sekadar medan untuk berucap dan berbahas, malah menjadi ruang untuk bermuhasabah, mendengar suara akar umbi, menilai kekuatan, kelemahan parti serta memperbaharui tekad perjuangan.

Beliau berkata, amanat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan jelas bahawa perjuangan reformasi mesti berterusan dan kekuatan parti perlu sentiasa berpaksikan kepada kepentingan rakyat.

"Kita pulang ke kawasan masing-masing dan kembali bertemu rakyat, dengar pandangan mereka, fahami keresahan mereka dan terus cari jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kita juga mesti memperkukuh organisasi dan bergerak sebagai satu pasukan yang tersusun serta berdisiplin.

"Cabaran politik akan terus datang, tetapi Keadilan mesti kekal teguh dengan prinsip dan agenda perjuangan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi berkata, meskipun kongres telah berakhir, tanggungjawab jentera parti masih berterusan dengan anggota parti itu perlu kembali bekerja lebih kuat, mendengar dan memastikan perjuangan itu terus membawa manfaat. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved