Kongsi Foto Pinggan Berkerak, Netizen ‘Kembang Tekak’ Dengan Peniaga Kedai Makan Ini

5 Oct 2023 • 3:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pinggan berkerak, tandas pula berlendir

Kongsi Foto Pinggan Berkerak, Netizen ‘Kembang Tekak’ Dengan Peniaga Kedai Makan Ini. Sejak akhir-akhir ini, ‘trend’ memasak dari rumah semakin berkurang kerana individu kini lebih memilih untuk makan di luar berbanding menyediakan hidangan sendiri di dapur dek kerana kesuntukan masa akibat komitmen lain.

Namun, antara faktor yang kurang diberi perhatian apabila makan di kedai adalah kebersihan.

Pastinya setiap orang mahukan makanan yang dijamah adalah dari sumber yang bersih serta bebas daripada kotoran bermula daripada cara penyediaan sehinggalah sebelum dimakan.

image is not available
Kongsi Foto Pinggan Berkerak, Netizen ‘Kembang Tekak’ Dengan Peniaga Kedai Makan Ini. Kredit: Facebook

Susulan itu, seorang individu yang difahamkan sebagai seorang chef telah ‘menegur’ pengendali kedai makan gara-gara menggunakan peralatan pinggan mangkuk yang ‘berkerak’ untuk pelanggan.

Assalamualaikum..nak bagitau sikit…kalau dah macam nie rupanya ..buang je laa ya..pi beli baru pinggan mangkuk tu…Nak makan pun tak de selera…ni mesti basuh main celup celup sahaja..

image is not available

Bukan itu sahaja, kadang-kadang tandas juga tidak dijaga dengan baik sehingga lantainya dikatakan ‘berlendir’ akibat tidak digosok.

Dalam hantaran tersebut juga, beliau sempat menitip beberapa pesanan kepada penggendali makanan untuk menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan.

image is not available

Satu lagi..kalau kat rumah kita buat production katering ke apa ke..jangan laa ada binatang berkeliaran dalam rumah…kucing ke apa ke…bagi binatang tu duk kat luar..

tak salah nak pelihara..tapi jangan bagi berkeliaran dalam rumah kita…sampai naik atas meja..berkeliaran sana sini…lepas masak pegang bulu kucing…pi kursus pengedalian makanan pun dah memang diajar …Tempat penyediaan mesti bersih…

image is not available

Tambahnya, hantaran itu dibuat sekadar memberi pesanan kepada pengusaha makanan dan bukannya untuk menutup periuk nasi mereka.

Baca lagi artikel menarik: