Kongsi gambar sebelah jejaka & cincin, Sarah Hildebrand dihujani ucapan tahniah

LocalEntertainment
25 Aug 2024 • 2:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Instagram pelakon, Sarah Hildebrand dihujani ucapan tahniah apabila dia berkongsi gambar sebelah jejaka dan menunjukkan cincin di jari.

Menerusi perkongsian Sarah, dia seakan memberi bayangan sudah kembali bergelar isteri apabila terlihat mesra dipeluk jejaka berkulit putih yang ada disampingnya.

image is not available

Sarah Hildebrand dihujani ucapan tahniah, tampil cantik berselendang

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand dilihat memakai abaya berwarna merah hati dan berselendang tersenyum apabila dipeluk oleh seorang jejaka ‘mat salleh’ yang segak mengenakan sut lelaki serta bertali leher.

Dengan hanya menyertakan emoji seakan bahagia, ramai yang meneka bahawa dia telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati.

image is not available

Sarah Hildebrand dihujani ucapan tahniah dari rakan artis & kenalan

Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan artis telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Sarah dan memuji penampilannya yang cantik walaupun begitu sederhana.

Dia juga turut membalas ucapan-ucapan yang diberi serta mengucapkan terima kasih diatas doa-doa mereka.

 

image is not available

Sarah ucap terima kasih

 

image is not available

 

Ramai bersyukur dan tumpang gembira

image is not available

 

Nampak cantik sangat!

image is not available

Sekadar info, Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka kacukan Filipina-Amerika pada 2019, namun rumah tangga mereka kekal menjadi tanda tanya selepas tiada sebarang perkongsian antara mereka selepas beberapa tahun.

Sarah yang juga seorang selebriti telah membuat pengumuman pada tahun 2022 untuk berhenti dari terbabit dalam dunia lakonan dan kembali ke tempat kelahiran bapa sebelum bergelar tentera angkatan udara di Amerika Syarikat.

Sumber: Instagram Sarah Hildebrand

View Original Article