Kongsi Momen 10 Hari Berada Di Kuching, Kisah Lelaki Ini Terima Respons Positif Daripada Netizen

11 Sep 2022 • 3:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kagum dengan bandar raya Kuching

Kongsi Momen 10 Hari Berada Di Kuching, Kisah Lelaki Ini Terima Respons Positif Daripada Netizen. Sebut sahaja mengenai Sarawak, pasti ada segelintir masyarakat yang masih memandang rendah dengan negeri bumi kenyalang ini.

image is not available
Kongsi Momen 10 Hari Berada Di Kuching, Kisah Lelaki Ini Terima Respons Positif Daripada Netizen. Kredit Foto: Twitter Hasannasirabd

Tidak dinafikan, sesetengah individu masih berfikiran ‘stereotaip’ dengan beranggapan bahawa Sarawak merupakan sebuah negeri yang mundur dan masih jauh ketinggalan daripada negeri-negeri lain.

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai Hasannasirabd di mana beliau telah berkongsi pengalaman menarik sepanjang sepuluh hari keberadaan beliau di Kuching.

Beliau telah berkongsi kisah beliau berkunjung ke Kuching di akaun Twitter miliknya sehingga ciapan tersebut mendapat perhatian warga Twitter.

Kunjungan ringkas akhirnya buka mata beliau terhadap Sarawak

Difahamkan, beliau berkunjung ke Kuching atas tuntutan kerja.

Menerusi perkongsian itu, beliau menggambarkan Kuching merupakan sebuah bandar yang indah serta antara bandar raya yang membangun di Malaysia.

Makanan yang dihidang juga turut memenuhi cita rasa beliau.

Hal itu sekali gus membuatkan beliau kagum dengan Kuching.

image is not available
Kredit Foto: Twitter Hasannasirabd

Lebih menarik lagi, ‘keghairahan’ beliau dengan bandar raya Kuching menyebabkan beliau teruja untuk berpindah ke Kuching pada suatu hari nanti.

Tambahnya, beliau kagum dengan budaya masyarakat di Sarawak yang mampu menyeimbangkan gaya hidup tradisional dan moden sehingga mampu mengalahkan budaya masyarakat di Pulau Pinang.

Terima respons positif daripada netizen

Perkongsian menarik beliau itu sudah semestinya mendapat pelbagai respons positif daripada netizen.

Antaranya ialah ada yang berpendapat sekiranya beliau mahu berpindah ke Kuching, Kuching merupakan pilihan terbaik untuk menetap selepas berpencen.

image is not available
Kredit Foto: Twitter Hasannasirabd

Ada juga yang menggambarkan Kuching sebagai sebuah bandar yang ‘underrated’.

image is not available
Kredit Foto: Twitter Hasannasirabd

image is not available
Kredit Foto: Twitter Hasannasirabd

Lebih menarik lagi, terdapat individu yang mengakui kebenaran mengenai posting lelaki tersebut.

Menurutnya, Kuching sebenarnya lebih membangun jika dibandingkan dengan cerita-cerita ‘stereotaip’ yang selalu meremehkan Sarawak.

image is not available
Kredit Foto: Twitter Hasannasirabd

Oleh itu, rakyat Sarawak sendiri haruslah berbangga dengan negeri kelahiran mereka kerana rakyat di negeri lain pun kagum akan keharmonian dan perubahan pembangunan di Sarawak ini.

Beberapa ‘influencer’ turut merakamkan pujian kepada Sarawak, antaranya ialah: