Kongsi Momen Memancing, Namun Punggung ‘Aquaman’ Pula Yang Jadi Perhatian Netizen

Entertainment
26 Oct 2022 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ramai yang meninggalkan komen nakal di ruangan komen Instagram Jason Momoa. - Gambar dari Instagram Jason Momoa

Baru-baru ini pelakon filem Aquaman iaitu Jason Momoa telah memuat naik beberapa buah foto serta video dirinya yang sedang memancing di tengah lautan.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen ialah punggung bekas pelakon siri Baywatch Hawaii itu yang kelihatan terdedah di dalam video yang dimuat naiknya.

Dalam video berkenaan, Jason telah memakai pakaian tradisional lelaki Hawaii yang diberi nama Malo iaitu sejenis cawat yang mendedahkan bahagian punggungnya.

Tangkap layar gambar Jason yang menunjukkan bahagian belakangnya itu terus  menjadi tular di media sosial terutamanya di Twitter.

image is not available

Rata-rata netizen terpegun melihat ‘aset’ yang dimiliki oleh Jason. Ada juga yang meninggalkan komen-komen nakal.

Namun disebalik komen-komen nakal yang ditinggalkan, terdapat juga komen yang memuji Jason yang masih tidak melupakan asal usulnya dengan memakai Malo. - Getaran, 26 Oktober 2022