
Terbaru di media sosial, pelakon cantik, Emma Maembong telah berkongsi beberapa posting di Instagram memaparkan dirinya sedang menunaikan ibadah umrah.
Dalam posting tersebut, Emma dilihat sedang menunaikan umrah bersama dengan suami, anak lelakinya termasuk juga ahli keluarganya yang lain.
Menutup aurat

Dalam pada masa yang sama, Emma juga berkongsi momen dirinya pernah berdoa agar dipercepatkan jodoh di hadapan Kaabah pada 2019 sebelum dipertemukan dengan suaminya kini.
2019 Emma berdoa depan Kaabah untuk percepatkan jodoh, doa Emma nak kahwin next year itu juga, dan setahun kemudian 2020 Alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma. Emma kahwin dan telah dikurniakan anak dalam tahun yang sama seperti yang Emma doakan.
Posting tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan agar pelakon itu sentiasa menutup aurat sekembalinya dia ke tanah air nanti.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Emma dan keluarganya.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post Kongsi Momen Tunaikan Umrah, Netizen Doakan Emma Maembong Terus Tutup Aurat appeared first on Oh! Media.
