Kongsi rezeki, Elly Mazlein mahu bantu Kieran penuhi impian tunai umrah

LocalEntertainment
30 Oct 2024 • 4:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengacara Elly Mazlein mahu bantu bekas penyampai radio, Kieran untuk memenuhi impiannya menunaikan umrah di tanah suci Makkah.

Menurut laporan mStar, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata dia berlapang dada untuk menghulurkan pertolongan kepada rakan-rakan yang memerlukan apatah lagi Kieran pernah bekerja di syarikat radio yang sama dengannya.

Elly Mazlein mahu bantu

image is not available

“Dengan rezeki diberikan ini apa salahnya saya membantu saudara sesama Islam. Kieran juga merupakan bekas penyampai radio Era tempat saya bekerja sekarang. Jadi mengapa tidak untuk saya bantu.

“Saya hanya kongsi apa yang saya mampu,” katanya.

Difahamkan juga, Elly sudah berhubung dengan Kieran berkaitan perkara tersebut dan sekiranya tiada halangan, hasrat rakannya itu yang mahu mengerjakan umrah akan tercapai kelak.

Elly Mazlein mahu bantu

image is not available

“Saya baru sahaja menghubungi Kieran dan kita tunggu maklum balas darinya. Kalau ada rezeki segala niat Kieran akan tertunai,” ujarnya.

Terdahulu, Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kanser prostat.

Kieran yang berhasrat mahu menunaikan umrah sekali lagi memaklumkan kanser itu kini sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.

image is not available

Sumber: mStar (Farol Hadi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved