Kongsi tips berjimat, Juliana Evas tidak kisah guna semula barangan bayi terpakai

Personal FinanceFamily & Parenting
11 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kongsi tips berjimat, Juliana Evas tidak kisah guna semula barangan bayi terpakai

PETALING JAYA: Hanya menghitung hari untuk menimang cahaya mata ketiga, pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans yang berkongsi tips untuk berjimat cermat dalam membuat persediaan barangan bayi.

Menurut Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans, 36, dia berasa sangat bersyukur kerana masih menyimpan barangan bayi yang pernah digunakan oleh anak-anaknya sebelum ini.

“Sekarang saya hanya mempunyai dua bulan lagi sebelum bersalin. Saya sudah mula mengeluarkan semula semua barangan bayi yang disimpan di dalam stor sejak tiga tahun lalu.

“Syukur, kebanyakan barangan itu masih saya simpan. Jadi, saya ingin kongsikan beberapa tip yang boleh membantu anda berjimat apabila mempunyai bayi,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Menerusi hantaran tersebut, Juliana menggalakkan setiap pasangan yang bergelar ibu bapa untuk menyimpan dan menggunakan semula barangan bayi yang pernah dibeli atau diberi demi menjimatkan kos perbelanjaan.

“Jika ini bukan anak pertama, gunakan semula setiap barangan yang pernah anda miliki atau beli sejak anak pertama. Pastikan semuanya disimpan dengan baik, bersih dan masih boleh digunakan.

“Jika ini anak pertama anda, terimalah barangan bayi terpakai daripada keluarga, rakan-rakan atau adik-beradik serta ipar-duai,” jelasnya.

Tidak kisah menggunakan barangan bayi yang terpakai, Juliana berpendapat setiap barangan bayi boleh digunakan semula jika disimpan dalam keadaan baik kerana tidak akan digunakan dalam tempoh yang lama.

“Cara ini sememangnya banyak membantu saya berjimat daripada perlu membeli barangan baharu. Tidak mengapa guna barangan terpakai kerana sesetengah barangan bayi digunakan dalam tempoh yang singkat,” ujarnya.

Pada Jun lalu, Juliana berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang bakal menimang cahaya mata ketiga.

Untuk info, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.

Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 7, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri, 3 tahun.

The post Kongsi tips berjimat, Juliana Evas tidak kisah guna semula barangan bayi terpakai appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved