Kongsi video isteri pandukan kereta, netizen minta MK & pasangan pakai ‘seat belt’

29 Jul 2023 • 2:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selebriti terkenal, MK K-Clique dan pasangannya, Siti Hajaar Sheikh Nordin sememangnya kerap menjadi perhatian ramai sejak mereka mendirikan rumah tangga.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan sememagnya tidak lokek berkongsi video kebersamaan mereka yang kerap mengundang rasa ‘cemburu’ peminat melihat kemesraan mereka lebih-lebih lagi reaksi Hajaar yang malu-malu.

Isteri pandukan kereta

Terbaru, Mk telah berkongsi video ketika menaiki kereta yang dipandu oleh isteri tercinta dengan berpura-pura menjadi majikan.

Video yang dikongsikan di TikTok telah meraih perhatian netizen sehingga mencapai 2 juta viewers.

Dua2 tak pakai seat belt

Namun begitu, ada yang perasan bahawa pasangan terbabit tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan duduk disebelah pemandu sehingga menerima kecaman netizen.

Rata-rata mereka menasihati agar pasangan itu mengutamakan keselamatan ketika memandu walaupun video yang dikongsikan mereka kerap menerima pujian.

image is not available

Kasi pakai betul2

image is not available

Tolong pakai seat belt

 

image is not available

Patut pakai tali pinggang kuat2

image is not available

Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar telah mendirikan rumah tangga pada 15 Jun 2023 lalu. Difahamkan, mereka telah mengikat tali pertunangan sekitar Mei lalu dan video penyanyi rap itu hadir ke kursus perkahwinan telah tular.

Walau bagaimanapun, ketika itu dia menafikan bakal berumah tangga dan hanya mengatakan hadir mengikuti kursus hanya ingin menambah ilmu sahaja.

Sumber: TikTok MK K-Clique