Kongsi video lama, ramai ‘meremang’ lihat Daiyan Trisha pilih2 ulat sagu

Entertainment
29 Jul 2023 • 7:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Selebriti cantik, Daiyan Trisha, 29 telah berkongsi video ketika pengambaran filem Sumpahan Jerunei yang berlangsung empat tahun lepas di media sosial miliknya.

Meremang tengok dia pilih2

Salah satu yang menjadi perhatian sudah tentu perkongsiannya berkenaan ulat sagu yang menjadi salah satu ‘penyeri’ dalam filem terbabit.

Apa yang membuatkan ramai peminat selebriti cantik itu ‘meremang’ adalah tindakan Daiyan yang begitu berani memegang dan memilih ulat sagu yang masih hidup di dalam bekas.

@daiyantrisha22

4 tahun lepas i was introduced to ulat sagu masa tengah shoot filem Sumpahan Jerunei. so siapa yang makan? dont forget to watch! Sumpahan Jerunei out nationwide today #sumpahanjerunei

♬ original sound – Daiyan Trisha – Daiyan Trisha

Walaupun ulat berkenaan menjadi makanan sesetengah masyarakat di Malaysia, namun masih ada yang ‘seram’ dengan ulat tersebut kerana masih bergerak-gerak ketika dipegang oleh selebriti tersebut.

Menerusi video yang dikongsi, Daiyan sempat bertanya perihal bahagian manakah yang tidak sesuai untuk dimakan jika menjamah ulat sagu itu.

Berani betul, selamba je dia pegang

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui tidak berani untuk memegang ulat tersebut walaupun merupakan anak jati Sarawak memandangkan serangga terbabit sangat sinonim dengan nengeri berkenaan.

Ada juga yang bertanyakan perihal hukum memakan ulat sagu itu kerana di dalam Islam ia tidak dikategorikan sebagai serangga yang sesuai untuk dimakan sebagai juadah harian.

image is not available

“Kalau aku dah menggelupur”

image is not available

Yang Sarawakian pun takut pegang

image is not available

Bukan ke ulat sagu tak boleh makan?

image is not available

Tak boleh makan la Daiyan

image is not available

Jangan makan!

image is not available

Kena check balik hukum

image is not available

Sumber: TikTok Daiyan Trisha