Kongsi video nahas helikopter tanpa ‘censored’, Aliff Syukri teruk dikecam

23 Apr 2024 • 5:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aliff Syukri teruk dikecam

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri teruk dikecam gara-gara kongsi video nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tanpa censored di platform media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagramnya, dia bertindak paparkan video cebisan daging mangsa tanpa ditapis undang rasa tidak puas hati ramai.

Aliff Syukri teruk dikecam

Dalam hantaran itu juga, dia meluahkan rasa sebak apabila melihat kejadian yang menimpa terhadap 10 mangsa yang terlibat.

Sementara itu, dia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa dan berharap tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang.

“Ya Allah luluh hati saya melihat apa yang terjadi hari ini. Jiwa saya terus tersentak melihat kejadian yang menyayat hati ini. Cuba letakkan situasi ini pada kita, mampu kah kita untuk menghadapinya?

“Jujur saya tak dapat gambarkan kesedihan ahli keluarga mangsa yang terlibat. Semoga mangsa TLDM ditempatkan bersama orang orang beriman. Semoga ahli keluarga mereka yang terlibat tabah dan kuat atas ujian yang diturunkan. Takziah,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Aliff Syukri teruk dikecam

image is not available

Netizen persoal tindakan Aliff Syukri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecam tindakan Aliff Aziz yang sanggup berkongsi video nahas tersebut tanpa ditapis memandangkan terdapat bahagian rakaman yang jelas menunjukkan cebisan daging mangsa yang bertaburan.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Tolong padam cepat!

Sehubungan dengan itu, ramai yang meminta usahawan yang berusia 37 tahun itu untuk menghapuskan hantaran tersebut di media sosialnya bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

image is not availableimage is not available

Media hari ini melaporkan seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milik TLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.

Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di situ dilaporkan sedang menjalani Latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Sumber: Instagram @Aliff Syukri