Kongsikan resepi nasi ayam claypot versi halal, TikTokers dipuji gunakan apple juice sebagai penyedap rasa

FoodCooking
14 Sep 2023 • 8:33 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini tular dengan isu mengenai sebuah premis menjual nasi ayam claypot yang dikatakan menggunakan bahan terlarang.

Namun begitu, nasi ayam claypot sebenarnya dapat disajikan dengan menggunakan bahan-bahan yang diyakini halal.

Seorang pempengaruh berketurunan cina yang dikenali sebagai Aisha ada berkongsikan resepi untuk menghasilkan menu nasi ayam claypot ini.

@soyabelacan

Replying to @adilaazhar_ Claypot chicken rice buat sendiri puas makan. Bahan pun suka hati letak Rasanya cost tak sampai RM6 untuk portion dua orang ni. Bahan rahsia untuk substitute rice wine kat belakang Tapi kalau tak bubuh pun ok je. Kalau tak ada claypot guna ricepot pun boleh jadi. Beras air ayam letak sekali lepas tumis. Tak payah jaga api. Bahan: Ayam potong Tepung jagung Sos tiram Kicap manis Kicap cair Whitepepper Sesame oil Ikan masin tenggeri Halia Bawang putih Minyak Beras Shitake kering Daun bawang Apple juice #masakancina #masakdirumah #claypotchickenrice #claypotchickenricehalal #soyabelacan #nasiayamclaypot #resepisimple

♬ original sound – soyabelacan – soyabelacan

Bahan-bahan yang diperlukan pula sangat mudah didapati di kedai-kedai atau pasaraya.

“Ayam yang telah dipotong diperap dengan kicap manis, kicap cair, sos tiram, lada sulah, minyak bijan dan tepung jagung. Kemudian, shitake kering dicuci dan direndamkan sehingga lembut.

“Hiriskan shitake dan ikan masin tenggiri dan tumiskan bawang putih, halia dan ikan masin. Bila sudah wangi, letakkan ayam yang diperap dan bahan yang lain.

“Masukkan air rendaman shitake masak sehingga kering dan masukkan bahan tadi ke atas nasi yang telah dimasak,” katanya.

Selepas itu, minyak dituang ke tepi nasi bagi mendapatkan rasa rangup pada nasi dan kedudukan claypot perlu ditukar-tukar supaya semua belah rata kena pada api. Proses ini memakan masa dalam 20 minit.

“Sos rahsia pula yang diperlukan adalah 1 sudu kicap cair, 1 sudu kicap manis, 1 sudu sos tiram, 1 sudu minyak bijan dan dua sudu jus epal. Bubuh atas nasi dan taburkan daun bawang,” katanya.

Perkongsian resepinya itu mendapat pujian netizen yang menyifatkan Aisha seorang yang kreatif dan bijak dalam mencipta resepi nasi ayam claypot versi halal.

Sumber: soyabelacan