Konjunktivitis : Maksud, Jenis & Langkah Pencegahan

Health & Fitness
28 Sep 2026 • 2:54 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kadang-kala, sebahagian daripada kita sering mengalami sakit maka atau Konjunktivitis yang boleh menyebabkan berlaku risiko yang lebih kronik sekiranya ia tidak dirawat.

Berikut adalah info lanjut mengenai maksud, tanda, dan langkah pencegahan penyakit ini.

Maksud Konjunktivitis

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata yang mana lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Ia boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

Namun, ia juga boleh terjadi akibat masalah alahan, agen kimia dan penyakit tertentu juga boleh menjadi antara faktor-faktornya.

Image from: Konjunktivitis : Maksud, Jenis & Langkah Pencegahan

Tanda / Gejala Muncul

Tanda atau gejala yang bakal muncul daripada penyakit ini adalah seperti berikut:

  • Mata merah
  • Mata berair
  • Pedih pada mata
  • Tahi mata yang berlebihan
  • Mata terasa gatal
  • Mata sensitif terhadap cahaya

Jenis Konjunktivitis

Terdapat 3 jenis penyakit ini atau sakit mata merah iaitu:

JenisTanda/Gejala
Konjunktivitis Bakteria– Discaj pekat (tahi mata berwarna putih atau kekuningan)
– Kelopak mata melekat (terutama waktu bangun pagi)
– Bermula pada satu mata & berjangkit ke sebelah mata yang lain
-Berlarutan selama 1 minggu
Konjunktivitis Virus– Discaj cair (air mata yang banyak)
– Bermula pada satu mata & berjangkit ke sebelah mata yang lain
-Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih
Konjunktivitis Alahan– Gatal mata, adakala gatal hidung jika melibatkan resdung
– Discaj yang berlendir
-Mata sentiasa berair
– Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama
– Boleh berlanjutan buat masa yang lama
Image from: Konjunktivitis : Maksud, Jenis & Langkah Pencegahan

Langkah Pencegahan

Langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penyakit ini adalah seperti berikut:

  • Jangan berkongsi barang peribadi.
  • Kurangkan kontak dengan orang yang mengalami sakit atau merah mata sehingga mereka sembuh.
  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyentuh mata.

Kaedah Rawatan

Untuk penyakit ini yang disebabkan jangkitan bakteria, ianya boleh dirawat dengan ubat titis mata antibiotik, ubat cair (ointment), atau pil untuk membersihkan jangkitan.

Bagi disebabkan virus, ia tidak mempunyai rawatan khusus dan pesakit perlu membiarkan virus itu hilang sendiri. Ia biasanya berlaku untuk tempoh 4-7 hari.

Bagi disebabkan alahan boleh baik sendiri sebaik sahaja sumber alergen dikeluarkan dan alahan itu dirawat. Antihistamin boleh membantu melegakan masalah ini.

Jika disebabkan kimia, mata perlu dibasuh dengan segera selama lima minit dan harus mendapatkan rawatan segera.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Konjunktivitis?

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata yang mana lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Apakah tanda-tanda atau gejala yang bakal muncul?

– Mata merah
– Mata berair
– Pedih pada mata
– Tahi mata yang berlebihan
– Mata terasa gatal
– Mata sensitif terhadap cahaya

Berapa jeniskah penyakit ini yang lazimnya dijangkiti penyakit?

Terdapat 3 jenis iaitu:
– Konjunktivitis Bakteria
– Konjunktivitis Virus
– Konjunktivitis Alahan

Apakah langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan penyakit ini?

– Jangan berkongsi barang peribadi.
– Kurangkan kontak dengan orang yang mengalami sakit atau merah mata sehingga mereka sembuh.
– Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyentuh mata.

Apakah rawatan yang boleh diambil bagi merawat penyakit ini?

Ia boleh dirawat dengan ubat titis mata antibiotik, ubat cair (ointment), atau pil untuk membersihkan jangkitan.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai penyakit ini, layari laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my/.

    Baca juga: Bolehkah Ambil Darah Di Farmasi? Ini Penjelasan Rasmi KKM Yang Ramai Masih Keliru

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved