“KONON La Solidariti..” – Norish Karman Kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin Sebagai ‘Mengarut’

Politics
27 Oct 2023 • 10:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Norish Karman ada meluahkan pendapat mengenai penganjuran solidariti bersama rakyat Palestin oleh kerajaan baru-baru ini.

Ujar Norish, dia bersetuju dengan pendapat aktres Mona Allen mengenai perhimpunan Solidariti Palestin yang dirasakan mengarut, mempunyai elemen glam dan hanya meraih populariti.

image is not available

Betul sangat my lovely Mona Allen. Kononlah solidariti, yang datang semua kemungkinan berbayar dan ada je element glam dan populariti. Such a crappy program. But that’s my two cents opinion.

Sebelum ini, isteri kepada pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim itu berpendapat bahawa lebih baik melakukan solat hajat daripada mengadakan perhimpunan seperti itu.

Dilaporkan lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan bangsa telah berhimpun di Stadium Axiata bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang dibantai rejim zionis pada ketika ini.

Acara itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga persembahan nyanyian daripada anak-anak Palestin dan juga artis tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 17 hours ago

"Bismillah.." - Syamsul Yusof Bakal Terbit Filem Terbaru Bergenre Seram Lagi!