Konon Nak Solat Tahajud, Lelaki Kena Cekup Masa Tengah Leka ‘Kail’ Tabung Masjid

26 Dec 2023 • 1:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di Tumpat Kelantan, seorang pencuri duit tabung masjid dicekup penduduk kampung ketika sedang leka ‘memancing’.

Lapor Harian Metro, kejadian curi duit tabung masjid di Kampung Kubang Batang itu bukanlah kali pertama berlaku.

image is not available

Ahli jawatankuasa Masjid Ar Rahman nekad membuat persediaan dan menunggu di bilik monitor CCTV untuk menangkap pelaku selepas mendapati ianya dilakukan oleh orang serta waktu yang sama.

Zulkifli Abdullah berkata, lelaki itu tiba di masjid kira-kira jam 12 tengah malam sebelum memarkir keretanya di ruang belakang perkarangan masjid.

image is not available

Pencuri masuk ke dalam masjid dengan mengopak pintu yang berkunci sebelum mendekati tabung pengurusan di ruang solat lelaki.

Kami biarkan dia ‘mengail’ dengan batang besi yang dipasang pelekat itu beberapa ketika sebelum menangkapnya.

Dia juga memberitahu sudah banyak kali singgah di masjid ini pada waktu malam dan turut mengenali beberapa kariah lain sambil mendakwa hadir untuk solat tahajud.

Ketika kejadian, pencuri berjaya ‘mengail’ hampir RM500 dan dia mengaku mendapat amaun lebih kurang itu dalam kecurian sebelum ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.