“Konon Solat Gila Babi Tiap Hari Sekali Bawa Lelaki Balik” – Boss Ned Tegur Individu Tunggang Agama

LocalPolitics
31 Oct 2025 • 2:46 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Boss Ned mencuri perhatian netizen selepas berkongsi beberapa hantaran di Threads yang dianggap sebagai teguran pedas kepada individu yang berpura-pura baik atas nama agama.

“Saya jauh dari alim, tapi saya cuba”

Menerusi satu hantaran, Boss Ned atau nama sebenarnya Nedim Nazri menjelaskan bahawa dirinya bukanlah insan sempurna namun tetap berusaha memperbaiki diri demi menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.

image is not available

Namun begitu, dia turut menyindir segelintir pihak yang menurutnya hanya menjadikan imej keagamaan sebagai topeng.

“Berubah dengan niat yang betul!”

Dalam hantaran lain, Boss Ned turut menegaskan agar sesiapa yang mahu berubah benar-benar melakukannya dengan niat yang ikhlas, bukan sekadar untuk meraih perhatian.

image is not available
image is not available
image is not available

Selain itu, beliau turut memberi amaran kepada individu yang dikatakan bermain dengan maruah anaknya. Dia bersedia untuk berdepan sekiranya perkara tersebut berulang.

Pssttt! Nedim tak sebut nama sesiapa pun, jadi jangan bersangka-sangka buruk ya. Ambil je teguran ni sebagai pengajaran untuk semua.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Konon Solat Gila Babi Tiap Hari Sekali Bawa Lelaki Balik” – Boss Ned Tegur Individu Tunggang Agama appeared first on Oh! Media.