
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Jenayah seperti merompak dan mencuri sememangnya satu perbuatan yang tidak boleh diterima dalam masyarakat.
Apatah lagi jika si pelaku dilihat mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu untuk mencari kerja lebih baik.
Bukan itu sahaja, jika perbuatan ini dilakukan oleh kanak-kanak, pastinya golongan dewasa mempunyai cara tersendiri untuk ‘mengajar’ mereka.
Namun, ada segelintir individu yang dilihat bertindak di luar batasan dalam memberi pengajaran kepada golongan si cilik ini.
Lelaki Tendang Muka Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun Kerana Didakwa Mencuri
Baru-baru ini, tular di media sosial perbuatan seorang individu yang kononnya mahu mengajar seorang kanak-kanak lelaki ini yang didakwa mencuri.
Menerusi video tular di media sosial, kelihatan tiga individu dewasa sedang menyoal siasat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu.
Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang daripada individu dewasa terbabit dilihat menendang bahagian muka kanak-kanak tersebut.
Bukan sekali, sebaliknya dua kali dia dilihat bertindak sedemikian di saat dua orang individu dewasa masih lagi sedang menyoal sisasat kanak-kanak berkenaan.
Laporan Polis Didakwa Telah Dibuat
Difahamkan, insiden tersebut berlaku pada 31 Oktober lalu kira-kira jam 8.15 malam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur.
Menurut mStar yang memetik seorang pengguna Facebook, Faizal Rusli, laporan polis telahpun dibuat berkenaan kejadian itu.
Pun begitu, hasil semakan kami mendapati hantaran tersebut bagaimanapun telah dipadam oleh pengguna Facebook berkenaan.
View this post on Instagram
View on Threads
Ramai Geram Lihat Tindakan Individu Dewasa ‘Ajar’ Kanak-Kanak
Video yang turut dikongsikan oleh penyanyi rap terkenal, Caprice nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa geram melihat tindakan individu terbabit yang selamba menendang kanak-kanak berkenaan kononnya untuk mengajar.
Malah, ada yang berpendapat bukan begitu caranya untuk mengajar kanak-kanak berkenaan dan individu terbabit sepatutnya menyerahkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan tugas mereka.
Pada masa yang sama, ada yang mahukan PDRM mengambil tindakan segera terhadap si pelaku yang membelasah kanak-kanak berkenaan.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Yang Pergi Tendang Tu Kenapa? Ada Undang-Undang Kan? Hantar Balai Je, Geram Pula Tengok”

“Yang Sepak Tu Siapa? Itu Anak Orang, Bukan Haiwan”

“Sakit Kau Tibai Budak Kecil Tu, Kalau Dia Salah Pun, Bukan Macam Tu Cara Mengajarnya, Dia Budak Lagi”

“Orang Tua Sekarang Memang Banyak Menyakitkan Hati, Terpaling Bagus Untuk Mendidik”

“12 Tahun Masih Bawah Umur, Godd Luck Pak Cik”

“Di Mana Letak Ertinya Kemanusiaan?”

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Kerana RM4, Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Dibelasah Senior
Baca Artikel Berkaitan: Tak Sengaja Terkencing Atas Sofa, Bapa Belasah Anak Usia 3 Tahun Dan Isteri
Baca Artikel Berkaitan: Budak Lelaki Umur 7 Tahun Didakwa Kena Lempang Dua Kali Sehingga Kepala Terhantuk Pada Dinding Sekolah

