Konsep Malaysia Madani selaras dengan falsafah perjuangan Tun Dr Ismail: Cucu

LocalPolitics
2 Aug 2023 • 7:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Cucu kepada Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Kamariah Shakirin Mustafa, menyifatkan konsep Malaysia Madani yang diperkenal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah selaras dengan falsafah, prinsip dan visi datuknya.

Beliau berkata persefahaman dan permuafakatan yang telah dimeterai dalam Perlembangaan negara sewaktu mencapai kemerdekaan perlu sentiasa dijunjung oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan perkara itu jugalah yang cuba diterapkan dalam konsep Malaysia MADANI.

“Apabila bercakap mengenai perkaitan visi datuk saya dan konsep Malaysia MADANI, kita perlu lihat dasar dan apa yang beliau perjuangkan, selepas itu lihat pula apakah Malaysia MADANI, saya rasa kita perlu lihat kepelbagaian budaya dan dasar yang ada pada hari ini,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Memperingati Tun Dr Ismail di sini hari ini.

Kamariah Shakirin turut merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzildi atas penganjuran majlis yang begitu gemilang dengan dihadiri hampir 10,000 orang termasuk Menteri-Menteri Kabinet.

“Setakat ini, saya dan ahli keluarga tidak pernah melihat penghargaan yang diberikan kepada Allahyarham seumpama ini dan perkara ini amat menyentuh hati saya,” katanya.

Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara julung kali diadakan sempena Bulan Kebangsaan bagi mengenang jasa serta mengangkat pemikiran Dr Ismail sebagai figura penting dalam tadbir urus dan perpaduan negara.

Penganjuran majlis itu, yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, merupakan hasil kerjasama strategik pelbagai jabatan serta agensi termasuk Pejabat Perdana Menteri. -Bernama

View Original Article