Konsep Toyota Corolla EV Diperlihatkan

Cars
30 Oct 2025 • 4:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam dunia automotif, Toyota Corolla ia model kereta yang sangat ikonik dengan ia mencapai tahap legenda. Sejak dilancarkan pada tahun 1966, ia sudah terjual lebih 50 juta unit menjadikannya model kereta paling laku dalam sejarah dunia.

image is not available

Bagi peminat manga dan anime, Corolla AE86 tidak perlu dinyatakan kerana ia sangat sinonim dengan kedai tauhu. Kini Corolla bersedia untuk memasuki era kereta elektrik pula selepas Toyota Corolla EV Concept diperlihatkan di Japan Mobility Show.

image is not available

Toyota Corolla EV Concept mengekalkan rekaan kompak empat pintu dengan rekaan yang lebih selari dengan selesa moden. Dari hadapan ia mirip BYD Seal dengan lampu yang nipis dan RDL melintang mendominasi bahagian bumper.

image is not available

Kerana ia masih sekadar konsep, tiada maklumat mengenai jumlah motor, output motor, kapasiti bateri ataupun jarak perjalanan. Toyota juga enggan mengatakan sama konsep ini akan dikembangkan untuk menjadi kenderaan keluaran penuh dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved