Konsert Aku Muzik & Kamu Indie 2025 Bakal Gegar SIC Pada 26 & 27 Julai, Tampilkan 21 Band Lokal Ternama

Entertainment
23 Jun 2025 • 2:57 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam dunia hiburan yang semakin dipenuhi konsert bernilai tinggi dan persaingan antarabangsa yang sengit, Aku. Muzik & Kamu (AMK) Indie 2025 berdiri teguh sebagai sebuah acara yang memperjuangkan muzik indie dan band tempatan secara total.

Bakal berlangsung pada 26 dan 27 Julai 2025 di Sepang International Circuit, AMK Indie edisi kali ini yang dianjurkan secara bersama oleh Coaction Events Sdn Bhd bersama Westzone Entertainment akan membariskan 21 band tempatan, mewakili pelbagai genre dalam scene alternatif Malaysia dari indie, rock, ska dan semuanya yang berakar dari semangat DIY.

Lebih penting, festival ini mengekalkan prinsip akses untuk semua, dengan harga tiket bermula serendah RM80++ untuk satu hari, yang bermaksud penonton hanya membayar sekitar RM8 untuk satu persembahan. Harga berbaloi ini menjadikan AMK Indie antara festival paling mampu milik di Malaysia tahun ini.

“Kita tahu sekarang ni banyak sangat pilihan, dan persaingan memang sengit. Tapi kami percaya ada ruang untuk konsert macam AMK Indie yang fokus pada band local. Dengan harga yang masuk akal, RM80++ untuk satu malam dengan lebih 10 band… itu bukan promo, itu usaha untuk pastikan semua orang boleh datang,” kata Aiman, Pengarah Westzone Entertainment, penganjur bersama AMK Indie.

AMK tahun ini memberi sepenuh ruang kepada band tempatan, satu keputusan yang lahir daripada keyakinan bahawa muzik Malaysia punya kekuatan tersendiri dan layak menjadi tumpuan utama di pentas besar. “Kita beri ruang penuh untuk yang dalam negara. AMK Indie ialah pentas untuk anak tempatan bersinar di tanah sendiri,” tambah Encik Aiman.

Yang menariknya terdapat banyak barisan band ternama tempatan akan mengadakan persembahan seperti:

  • Cromok
  • Butterfingers
  • Hujan
  • Monoloque
  • Metalasia
  • Gerhana Ska Cinta
  • 6ixth Sense
  • Plague Of Happiness
  • SOG
  • Meet Uncle Hussain
  • One Buck Short dan banyak lagi.

Aku. Muzik & Kamu (AMK) Indie 2025 akan berlangsung pada 26 – 27 Julai 2025, dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam di Sepang International Circuit.

Senarai Barisan artis

Hari Pertama – 26 Julai

image is not available

SYJ | CROMOK | MONOSTERIO | 6IXTH SENSE | PLAGUE OF HAPPINESS | METALASIA | ONE BUCK SHORT | DEJA VOODOO SPELLS | SOG | PATRIOTS | ABOI

Hari Kedua – 27 Julai

image is not available


MEET UNCLE HUSSAIN |EMPTY PAGE |BUTTERFINGERS | HUJAN | SEVEN COLLAR THSIRT | SALAMMUSIK | KYOTO PROTOCOL | MIDNIGHT FUSIC | GERHANA SKACINTA | MONOLOQUE

Harga Tiket

Harga tiket adalah dari RM80 hingga RM350 bergantung pada zon tempat duduk dan jumlah Semak harga di bawah:

Pas 1 Hari:

  • Rock Zone: RM180
  • Funky Zone : RM80

Pas 2 Hari

  • Rock Zone: RM350
  • Funky Zone : RM150

Harga bagaimanapun tidak termasuk cas pengurusan dan caj pembayaran.

Tiket kini boleh didapati di http://www.ilassotickets.com/amk2025 . 21 band lokal. Harga lokal. Semangat luar biasa. Konsert ini milik semua.

image is not available