Konsert Berlangsung Meriah Di Genting Highlands, Daesung Puji Peminat Malaysia Mantap

EntertainmentMusic
8 Jun 2025 • 11:19 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas Taeyang, kini Daesung pula datang menemui ‘VIP’ di Malaysia!

Pada 7 Jun, Daesung telah tiba di Malaysia untuk konsert jelajah Asia ‘’, yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands.

Membuka pentas dengan lagu “Universe”, Daesung juga turut memeriahkan lagi suasana dengan lagu popularnya yang lain seperti “Falling Slowly”, “Look At Me, Gwisun” dan banyak lagi.

Selain itu, penyanyi tersebut juga sempat berborak dengan peminat menggunakan Bahasa Melayu dan berkata,

Dah makan? Fan Malaysia memang mantap!

Sementara itu, Daesung turut menghiburkan peminat dengan persembahan medley lagu BIGBANG seperti “BANG BANG BANG” dan “Fantastic Baby”.

Memang meriah habis!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.