Konsert Canggung Jamal Abdillah Ditunda, Susulan Pembubaran Parlimen 

13 Oct 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jamal Abdillah - Gambar fail

Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah yang sepatutnya berlangsung di Dewan 2020, Kangar Perlis pada 29 Oktober 2022 ini telah ditangguhkan buat sementara waktu. 

Pengumuman mengenai penundaan konsert ini telah dibuat oleh penganjurnya, Zeel Productions menerusi sebuah siaran akhbar. 

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan media yang membantu menguar-uarkan berita mengenai konsert ini. 

"Sehubungan itu, kepada semua pembeli tiket anda boleh membuat tuntutan bayaran semula dengan menghubungi nombor diberikan," kata penerbit dan penganjur, Fadzil Teh. 

Penundaan Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah itu dibuat susulan pengumuman khas pembubaran Parlimen oleh YB Perdana Menteri Malaysia pada 10 Oktober 2022.

Justeru, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert ini antara Disember 2022 hingga pertengahan Januari 2023. Tarikh baru akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur. 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus menerusi hotline number 012-3530611. Getaran, 13 Oktober 2022