Konsert D’Masiv Cinta Sampai Di Kuala Lumpur pada Feb 2024

Music
15 Dec 2023 • 5:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Konsert D’Masiv Cinta Sampai Di Kuala Lumpur akan menemui peminat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 4 Februari 2024.

Konsert dipersembahkan oleh kumpulan popular Indonesia, D’Masiv itu dibawakan oleh Ifix Entertainment dengan kerjasama Panggung Asia yang sudah pasti mendapat sambutan dalam kalangan peminat.

Konsert D’Masiv Cinta Sampai Di Kuala Lumpur

image is not available

Pengarah syarikat Ifix berkata, pihaknya berharap peminat di negara ini tidak melepaskan peluang ini untuk menyaksikan persembahan menarik D’Masiv secara langsung.

Terkenal dengan karya hits meruntun jiwa, D’Masiv dianggotai oleh Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram).

image is not available

Menerusi satu kenyataan, mereka berjanji akan mempersembahkan lagu penuh dengan muzik elektrik, balada emosional,
selain pengalaman tidak dapat dilupakan oleh peminat.

“Konsert ini adalah sebahagian daripada lawatan mereka, dengan matlamat membawa bunyi ikonik dan tenaga kepada peminat muzik di seluruh rantau,” tulis kenyataan tersebut.

Harga tiket bermula dari RM159 dan boleh didapti di www.tapautix.asia. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Ifix Entertainment Asia di Instagram dan TikTok.

image is not available