Konsert David Foster: Siti Nurhaliza enggan komen

15 Jun 2024 • 5:03 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan mengulas mengenai penglibatan penyanyi berkenaan dalam persembahan Hitman Returns – David Foster and Friends yang dijadualkan malam ini di Jakarta.

Ini kerana mereka tidak mahu polemik berkenaan berpanjangan menerusi sebarang kenyataan yang dikeluarkan.

“Terima kasih kerana memahami,’’ kata wakil pihak pengurusan Siti Nurhaliza ketika dihubungi Scoop.

Terdahulu, BDS Malaysia menyifatkan keputusan penyanyi nombor satu negara itu untuk mengadakan persembahan malam ini sebagai sangat mengecewakan.

Pertubuhan itu berkata, ini kerana penggubah lagu terkenal David Foster yang berasal dari Kanada itu adalah seorang yang kuat menyokong rejim Zionis.

Ia juga mengakibatkan rata-rata peminat Siti Nurhaliza meminta penyanyi itu menarik diri daripada tampil di acara itu.

Sambil menyifatkan masih belum terlambat, mereka berkata penyanyi itu mempunyai keputusan besar yang perlu dibuat dan ia adalah satu kewajipan, bukan pilihan lagi terutama apabila melibatkan kekejaman Israel. - 15 Jun, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved