Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional Orkestra Tawar Harga ‘Rahmah’

Music
10 Oct 2023 • 5:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Istana Budaya bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal mengadakan Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional Orkestra pada Sabtu ini.

Konsert julang genre tradisional

Pengarah Muzik, Yazid Zakaria berkata, konsert berskala mega yang diterajui oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) diadakan bagi mendekati dan memperkenalkan kepada generasi muda mengenai muzik tradisional.

“Bagi mengangkat muzik tradisional ke tahap cemerlang, kita berusaha untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat, khususnya generasi muda melalui persembahan dan nyanyian oleh artis BBNU agar terus diminati, dihargai dan tidak ditelan zaman,”ujarnya.

image is not available

image is not available

Selain OTM, ia juga diterajui dan menampilkan persembahan tarian tradisional oleh Artistana Istana Budaya serta dimeriahkan dengan Artisukma UKM, Kumpulan Dikir Barat, Kumpulan Koir dan Ensemble Cak Lempung oleg mahasiswa UKM sendiri.

image is not available

image is not available

image is not available

Artis BBNU ‘gegarkan’ konsert di UKM

Konsert tersebut bakal menampilkan barisan artis-artis baharu atau ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) yang pastinya tidak akan mengecewakan para penonton.

Antaranya adalah Shiha Zikir, Nadeera Zaini, Putera Muhammad (vokalis kumpulan MADAM), dua orang alumni UKM iaitu Hariz Fayahet dan Nurul Syafiqah.

Malah, turut disajikan dengan persembahan lagu-lagu terkini yang digubah mengikut genre muzik orkestra tradisional seperti Kembali Terang, Casablanca dan Kalam.

image is not available

Warga kampus UKM dan orang awam dijemput hadir untuk memeriahkan lagi konsert ini bermula pada jam 8 malam di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi.

Dapatkan tiket Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional Malaysia serendah RM11.50 di portal Ticket2u (klik di sini).

image is not available

Difahamkan, Konsert Gegar Kembara Muzik Tradisional di UKM merupakan salah satu Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia yang merupakan kesinambungan jalinan kerjasama strategik Istana Budaya bersama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Ia telah dan bakal menggegarkan beberapa IPT seperti Management and Science University (MSU) pada 23 dan 24 Mei 2023 dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 11 November ini.