Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire KL Ditangguh, Peminat Amuk Minta ‘Refund’!

Music
27 Nov 2023 • 4:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Konsert artis Bollywood tersohor, Hrithik Roshan Stars On Fire Kuala Lumpur yang dijadualkan bakal berlangsung pada 1 Disember ini terpaksa ditangguh disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh penganjur, Yessboss Groups menerusi laman Instagram yang memberitahu duit tiket akan dipulangkan semula kepada peminat.

Konsert Hrithik Roshan ditangguh

“Dukacita dimaklumkan bahawa acara kami yang dijangkakan, “Stars On Fire Kuala Lumpur” yang pada mulanya ditetapkan pada 1 Disember 2023, telah ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak diduga.

“Keputusan ini dibuat dengan persetujuan bersama antara penganjur Kumpulan Yessboss, Dembi Productions dan Heart Art Production Pvt Ltd dengan pertimbangan yang besar. Kami bersungguh-sungguh berusaha untuk mendapatkan tarikh baharu,” katanya.

Susulan itu, pihaknya memohon maaf kepada para peminat kerana telah menganggu segala perancangan untuk pergi ke konsert tersebut malah, turut sertakan nombor telefon untuk sebarang pertanyaan berhubung konsert tersebut.

image is not available

“Kami memahami kesulitan yang timbul dan memohon maaf atas sebarang gangguan pada perancangan anda. Memandangkan acara itu ditangguhkan, kami telah memperkemaskan proses bayaran balik dengan kerjasama ejen tiket kami.

“Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai proses pemulangan wang, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan agen tiket kami di info@yessbossticket.com atau melalui telefon di +6011-2186-8055 /
+6011-2146-6055,” tambahnya.

image is not available

Netizen amuk, konsert ditangguh saat-saat akhir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang apabila konsert tersebut telah dibatalkan empat hari sebelum acara itu bermula.

Mana tidaknya, ada segelintir individu telah mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar bagi menghadiri konsert tersebut namun, terpaksa menanggung kerugian itu.

image is not available image is not available image is not available

Sekurang-kurangnya bagi lah sebab ditangguhkan

Bukan itu sahaja, netizen turut berpendapat pihak penganjur sepatutu menyatakan sebab konsert itu ditangguhkan bagi menggelakkan sebarang kecurigaan berlaku.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @Yessbossgroup