Konsert ISCEP meriahkan Kaamatan 2023

4 May 2023 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun ini sekali lagi dimeriahkan dengan konsert kebudayaan lebih 200 pelajar yang akan menari, menyanyi dan memainkan alat muzik serta lagu tradisional pada malam 28 Mei ini.

Pelajar terbabit dipilih daripada 70 sekolah rendah, menengah dan sekolah antarabangsa yang akan turut disertai oleh kira-kira 70 guru. Mereka dipilih daripada sekolah di seluruh negeri.

Konsert Program Pertukaran Kebudayaan Pelajar Antarabangsa (ISCEP) anjuran Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) ini akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang.

Bertemakan ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan,’ ISCEP adalah program bertukar pelajar antara Sabah dan negara luar untuk mempelajari kebudayaan etnik masing-masing dalam inisiatif yang diadakan sejak 2005.

SPONSORED CONTENT Experience the Future of Wellness with OGAWA's Latest Innovation: The MAESTRO Powered by OVERSEER Kuala Lumpur: OGAWA, the leading brand in the wellness industry, is proud to announce the launch of its newest product: the OGAWA MAESTRO - powered by OVERSEER, with the tagline "Pioneering The Future of Wellness.". Read more Namun tahun ini, tiada pelajar asing akan mengambil bahagian dalam konsert itu nanti. Namun satu kumpulan kebudayaan bukan pelajar dari Korea Selatan dijangka membuat persembahan.

Pengerusi penganjur KCDA-ISCEP Konsert Kamatan 2023, Flavia Ignatius berkata, 200 pelajar yang terbabit itu adalah peserta daripada sekolah rendah, menengah dan sekolah antarabangsa.

“Mereka akan mempersembahkan tarian, nyanyian, drama dan permainan alat muzik tradisional. Daripada 30 sekolah yang menyertai, 21 adalah penyertaan daripada sekolah menengah dan sembilan lagi dari sekolah rendah dari seluruh negeri.

“Mereka akan menarikan tarian tradisional etnik Sabah, tarian kreatif dan menyanyi lagu-lagu dalam bahasa KDM. Persembahan dibahagikan kepada tiga iaitu sekolah menengah, rendah dan sekolah antarabangsa.

“Mereka yang terpilih sedang berlatih keras untuk memberi persembahan yang terbaik dalam konsert yang akan diadakan pada malam 28 Mei ini” kata Flavia ketika dihubungi Harian Ekspres.

Bulan lalu, rombongan jawatankuasa penganjur KDCA mengadakan kunjungan kehormat kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah yang baru, Raisan Saidin, di pejabatnya di sini.

Raisin diberi taklimat mengenai penganjuran konsert Program KDCA-ISCEP, pertandingan Hiis (syair) dan pertandingan mananong/monusuyan yang diketuai Naib Presiden KDCA Pusat, Datuk Sebastian Dirih Anjim.

Kunjungan kehormat itu juga dibuat untuk mengukuhkan kerjasama KDCA dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk menggalakkan pembabitan pelajar dalam memulihara tarian, nyanyian dan alat muzik tradisional.

Secara umumnya ISCEP adalah program yang mahu menggalakkan pelajar menyertai aktiviti seni seperti tarian, muzik dan lagu dengan tujuan menggalakkan penguasaan bahasa KDM selain mahu mengembangkan seni budaya Sabah.

Raisan Saidin mengalu-alukan kerjasama KDCA dan jabatannya itu sebagai cara untuk memelihara tarian, lagu dan bahasa masyarakat KDMR. KDCA sebagai penganjur akan menyediakan semua format penganjuran manakala Jabatan menyediakan peserta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan menghebahkannya ke sekolah seluruh Sabah.

“Pelajar dari Korea yang pernah datang di sini menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebudayaan KDMR. Pelajar kita juga boleh belajar daripada mereka,” kata Flavia.

Persembahan pelajar tempatan katanya, adalah menakjubkan kerana mereka amat berbakat, kreatif dan inovatif. Konsert ini adalah salah satu cara untuk mempromosikan budaya orang asal Sabah yang kaya berlatarbelakangkan aktiviti bertani.

Apabila program ini dimula pada 2005, seramai 11 pelajar St Peter dihantar ke Seoul selama 11 hari untuk mempelajari budaya dan cara hidup orang Korea. Pelajar yang dihantar berusia di antara 16 dan 19 tahun.

Pengerusi Penganjur Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan dalam laporan media sebelum ini menyatakan rasa gembira dengan penyertaan sekolah-sekolah tempatan dalam konsert itu.

“Pertukaran kebudayaan di antara pelajar sekolah Sabah dan Korea Selatan membuahkan hasil yang baik. Jelas sekali pelajar Korea berminat dengan budaya masyarakat KDM. Saya bangga anak-anak Sabah berbakat, kreatif dan inovatif,” katanya.

Dr Jeffrey menyuarakan sokongan program pertukaran kebudayaan itu sebab ia membenarkan pelajar Sabah dan Korea untuk bertukar pendapat dan saling mempelajari budaya masing-masing.

Flavia berkata, kebudayaan pelbagai kaum etnik di Sabah akan dipersembahkan pelajar yang membuat persediaan awal bagi konsert itu yang merupakan sebahagian usaha ISCEP untuk mempromosikan kebudayaan di kalangan generasi muda.

“Kami menjemput orang ramai datang beramai-ramai menyaksikan konsert itu pada malam 28 Mei bagi memberi sokongan kepada Konsert Kaamatan Iscep ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.