Kumpulan kpop terkemuka KTS akan membuat kemunculan semula selepas lebih tiga tahun dengan konsert yang distrim secara langsung seluruh dunia eksklusif di Netflix pada 21 Mac 2026. Ini adalah persembahan mereka yang pertama sejak BTS berehat seketika bagi membolehkan ahli-ahli kumpulan menjalani khidmat negara yang wajib Korea Selatan

Konsert akan berlangsung di Gwanghwamun Square, Seoul dengan mereka akan menggunakan kesempatan ini untuk mempersembahkan lagu-lagu baharu daripada album kelima mereka, ARIRANG, yang akan dilancarkan pada 20 Mac.
Kepada A.R.M.Y Malaysia yang tidak mampu menghadiri konsert di Seoul, konsert boleh distrim di Netflix pada jam 7 malam, 21 Mac depan. Kemudian mereka akan mengadakan konsert jelajah global untuk menyokong ARIRANG di 34 negara dengan konsert tiba di Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Disember 2026.



